You are here
berita 

Zon khas motor di lampu isyarat – DBKL

Kawasan dicat merah di lampu isyarat merupakan zon khas motosikal

Quote:

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga kawasan Zon Khas Motosikal di lampu isyarat diwujudkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai usaha menambah baik kemudahan awam di ibu negara

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, inisiatif itu bagi memberi keselesaan kepada warga kota khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki ketika berada di laluan lampu isyarat

Menurutnya, sebagai permulaan, tiga jalan dipraktikkan iaitu di Jalan Raja di persimpangan Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja di persimpangan Jalan Tun Perak

“Kemudahan ini dibuat khas bagi menjamin keselamatan penunggang motosikal dan pejalan kaki di samping mengelakkan motosikal berada di lorong antara kenderaan lain seperti kereta, lori dan bas

“Zon khas ini juga mampu menempatkan lebih 20 motosikal dalam satu-satu masa dan ia dilihat lebih kondusif serta selamat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau zon khas tersebut di Jalan Raja di sini, semalam

Dalam pada itu, Mhd Amin Nordin berkata, DBKL akan mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk inisiatif sama

“Dalam perancangan, kita mahu wujudkan zon ini dalam sebulan untuk satu jalan tetapi melihat kepada kapasiti penggunaan motosikal dan keperluan untuk diwujudkan agar tidak menyusahkan pihak lain

“Tapi tempoh tiga bulan ini masih di peringkat pendidikan, sebelum tindakan penguatkuasaan diambil sekiranya gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…yarat-1.644141


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts