You are here

Yuran PIBG bukanlah wajib dibayar jika tak mampu

11/01/2018

Menerusi Bajet 2018, kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kos pendidikan di negara ini di peringkat rendah dan menengah adalah percuma kerana kerajaan telah membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.

Bagaimanapun, ramai ibubapa yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa yuran tambahan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah tidak wajib untuk dibayar jika ibubapa tidak setuju untuk membuat demikian.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menjelaskan yuran tambahan itu tidak wajib dan ia merupakan persetujuan antara pihak sekolah dan PIBG.

“Bagi mereka yang tidak mampu, ada bantuan yang kami beri dalam peruntukan tambahan untuk mereka. Mereka yang tidak mampu bayar sekaligus, kami benarkan bayar secara ansuran. Jadi tiada isu dalam hal ini. Mereka yang merasakan pihak sekolah atau PIBG menjadikan ia wajib bagi mereka, mereka boleh sentiasa membuat aduan kepada kami,” katanya.

Terdapat sesetengah pihak mendakwa jika tidak membayar yuran tambahan itu, pelajar terbabit tidak berhak untuk menikmati segala kemudahan yang telah disediakan oleh sekolah seperti kipas dan sebagainya. Orang ramai perlu faham yuran PIBG ini adalah sumbangan dan bukanlah yuran yang wajib untuk dibayar.

Selain itu, pihak sekolah juga tidak mempunyai hak untuk menahan sijil peperiksaan pelajar jika meraka gagal untuk membayar yuran terbabit.

1. Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.

2. Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.

3. Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa.

4. Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.

5. Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusan sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.

6. Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.

7. Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.

8. Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.

9. Lagi satu dah namanya sumbangan/derma, jadi pihak berkaitan tak perlu tetapkan berapa yg harus disumbangkan oleh ibu bapa.

Related posts