You are here
berita 

Warga emas meninggal di stesen bas

Quote:

ALOR GAJAH: Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di tempat duduk Stesen Bas Masjid Tanah, di sini, pagi tadi

Mayat Mad Derus Jani ditemui orang awam kira-kira jam 7.40 pagi dalam keadaan terbaring

Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu lima minit kemudian, sebelum bergegas ke tempat kejadian

“Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Kampung Solok Duku Masjid Tanah ditemui orang awam yang berada di kawasan itu, sebelum menghubungi polis

“Difahamkan, rutin harian lelaki yang belum berkahwin itu ialah dia akan berjalan dari rumahnya sejauh kira-kira satu kilometer ke stesen bas terbabit untuk membeli kuih, selain bersembang dengan pemandu teksi di situ,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi

A Asmadi berkata, lelaki itu juga pernah mendapatkan rawatan jantung di hospital negeri ini dan kes disiasat sebagai mati mengejut

“Mayat sudah dituntut ahli keluarga mangsa pada jam 8.45 pagi tanpa melakukan bedah siasat,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224782


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts