You are here
berita 

Warga emas antara ditahan gara-gara pukul pencuri hingga mati di Kuala Kangsar

Lelaki warga emas berusia 74 tahun itu direman lima hari mulai hari ini, manakala tiga lagi lelaki masing-masing berumur 19, 25 dan 28 direman tujuh hari. – Gambar hiasan

Quote:

IPOH: Seorang warga emas antara empat ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kubang Panjang, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar awal pagi semalam

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq berkata lelaki warga emas berusia 74 tahun itu direman lima hari mulai hari ini, manakala tiga lagi lelaki masing-masing berumur 19, 25 dan 28 direman tujuh hari

Ahmad Termizi berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam bahawa mereka telah menangkap seorang pencuri yang sedang melakukan pecah rumah di tepi jalan kampung terbabit, kira-kira pukul 3.30 pagi

“Setibanya anggota polis di lokasi kejadian, lelaki itu didapati tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek keras,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini

Beliau berkata suspek dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh akibat kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 5 petang

Ahmad Termizi berkata siasatan mendapati si mati yang berumur 36 tahun telah mengambil beberapa barangan di dalam rumah terbabit melalui tingkap sebelum tindakannya itu disedari orang awam

Menurutnya, si mati mempunyai empat rekod jenayah serta dadah, sememangnya dikehendaki polis

Dalam pada itu, Ahmad Termizi menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak melampaui batas dan menyerahkan kepada polis jika menangkap suspek yang disyaki cuba melakukan perbuatan jenayah

“Apabila dapat tangkap penjenayah, jangan sampai mencederakannya, sebaliknya serahkan kepada polis untuk tindakan. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat semua,” katanya

http://www.astroawani.com/berita-mal…kangsar-136970


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts