You are here
berita 

Warga Bangladesh rogol remaja bawah umur dipenjara 20 tahun, 10 sebatan

Quote:

Kuala Lumpur: Seorang pelayan bar warga Bangladesh dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol dan menyebabkan kecederaan rakan sekerjanya yang berusia 15 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tahun lalu

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Robin, 28, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dan selepas mendengar keterangan kesan impak mangsa dalam kes itu

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menukar pengakuannya hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan. Sebelum ini selain mangsa, seorang doktor pakar sakit puan dan perbidanan dipanggil memberi keterangan

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata kesalahan dilakukan tertuduh yang merupakan warga asing adalah jenayah berat dan perbuatannya terhadap mangsa yang masih muda adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan

Md Robin yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, merogol dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja di tepi Padang Golf Kelab Diraja Selangor di sini, pada 11 malam, 1 Oktober 2016

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa meminta pertolongan tertuduh menghantarnya pulang dengan motosikal milik lelaki itu selepas selesai bertugas

Dalam perjalanan, tertuduh yang dalam keadaan mabuk meminta mangsa membawa motosikalnya dan ketika itu kedua-duanya terjatuh di tepi padang golf berkenaan

Tertuduh menindih mangsa serta mengarahkan agar tidak melawan, dan apabila berlaku pergelutan lelaki itu mengikat tangan mangsa menggunakan tali lehernya dan melakukan seks oral sebelum merogol mangsa

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon hukuman berat dan sebatan memandangkan tertuduh adalah warga asing dan berani melakukan jenayah di sini, selain mangsa yang masih muda juga diugut dan dicederakan tertuduh

http://www.hmetro.com.my/node/207550


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts