You are here
berita 

Wanita warga emas maut dalam nahas empat kenderaan

Keadaan kemalangan di Kilometer 99, Jalan Sri Aman- Serian hari ini.

Quote:

SERIAN – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 99, Jalan Sri Aman- Serian di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Inta Emparu, 68, (gambar kecil) disahkan meninggal dunia ketika sedang dibawa pasukan perubatan ke Hospital Serian di sini.

Menurutnya, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu melibatkan empat buah kenderaan iaitu masing-masing sebuah Perodua Axia, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux dan Toyota Fortuner.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton yang datang dari arah Sri Aman menuju ke Serian dikatakan tiba-tiba merempuh Perodua Axia yang dinaiki mangsa bersama dua individu lain dari arah belakang.

“Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan Perodua Axia melanggar bahagian belakang Toyota Hilux dan terporosok di bawah kenderaan pacuan empat roda tersebut. Toyota Hilux pula melanggar belakang Toyota Fortuner yang kebetulan berada di hadapan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu, nahas empat kenderaan tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk di laluan berkenaan.

Katanya, kesemua pemandu termasuk penumpang tiga buah kenderaan lain pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Malangnya, nahas itu telah mengakibatkan mangsa tersepit pada tempat duduk penumpang belakang dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pemandu Perodua Axia dan seorang penumpang di tempat duduk hadapan pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” ujarnya lagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE


http://www.kosmo.com.my/terkini/wani…eraan-1.588652

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts