You are here
berita 

Wanita warga asing lega ditahan penguat kuasa

Seorang wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai pas yang sah bersama anak perempuannya ditahan penguat kuasa dalam operasi bersepadu Ops ID JPN

Quote:

MELAKA TENGAH – Seorang wanita Indonesia yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah gembira ‘diangkut’ penguat kuasa selepas mendakwa hampir 10 tahun hidup tidak bebas dan diabaikan teman lelaki

Wanita yang berusia 38 tahun bersama anak perempuannya berusia 8 tahun ditahan anggota Jabatan Imigresen negeri dalam operasi bersepadu anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah rumah pangsa di Banda Hilir, di sini kira-kira jam 1.30 pagi

Menurutnya, selepas masuk ke negara ini pada 2006 dan bekerja sebagai amah, dia bertindak melarikan diri daripada majikan yang tidak membayar gaji selama 18 bulan

“Kemudian saya jumpa teman lelaki dari Sabah dan mempunyai seorang anak dengannya tapi sepanjang kami bersama, dia tak peduli berkenaan dokumen saya dan tak pernah mahu menguruskannya

“Ini yang saya mahukan, lari dari dia (teman lelaki) sebab sudah beberapa kali cuba lari tapi dia kata akan ambil anak kami. Bila ditahan begini saya dapat lari dari dia, saya lega,” katanya

Menurut sumber, wanita itu antara tujuh warga asing termasuk lima wanita dari China dipercayai pelayan pelanggan pusat hiburan ditahan dalam dua serbuan di Banda Hilir bermula jam 11.45 malam

“Semua wanita yang ditahan terdiri daripada dua warga Indonesia dan lima dari China berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan salah guna pas

“Mereka akan ditahan mengikut Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)c Akta Imigresen 1959/63,” katanya

Sementara itu, Pengarah JPN negeri, Norazle Sulaiman berkata, sebanyak tiga rumah dan satu pusat hiburan diperiksa dalam Operasi ID JPN melibatkan 20 anggota JPN dan Imigresen selain Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…kuasa-1.634556


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts