You are here
berita 

Wanita tersepit antara mangkuk tandas dan tab mandi dikeluarkan Bomba

Quote:

IPOH: Bomba membantu mengeluarkan seorang wanita warga berusia 79 tahun yang tersepit di antara mangkuk tandas dan tab mandi di bilik air rumahnya di Jalan Lembah Kledang di sini, pagi ini.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir serta terjatuh di celah mangkuk tandas dan tab mandi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.13 pagi dan anggota yang tiba di rumah itu mendapati mangsa gagal dikeluarkan.

“Anggota menggunakan alatan khas untuk mengumpil serta mengalihkan mangkuk tandas itu sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas perubatan sebelum dibawa oleh ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan,” katanya.


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts