You are here
berita 

Wanita tergemuk ke India untuk pembedahan

MUMBAI – INDIA. Seorang wanita Mesir yang dipercayai wanita paling gemuk di dunia dengan berat 500kg akan diterbangkan ke India bagi menjalani pembedahan mengurangkan berat badannya itu.

Eman Ahmed Abd El Aty, 36, akan diterbangkan dengan pesawat sewa khas ke Mumbai di mana pakar bedah Dr Muffazal Lakdawala akan melakukan pembedahan.

Keluarga wanita itu berkata, Eman tidak keluar dari rumah sejak 25 tahun lalu dan mendakwa berat wanita itu mencecah 500kg.

Jika dakwaan mengenai berat badan wanita itu adalah benar, maka dia dapat mengatasi pemegang rekod dunia sebagai wanita paling berat di dunia yang dipegang oleh Pauline Potter dari Amerika Syarikat yang mempunyai berat 292kg pada tahun 2010.

Dr Lakdawala, yang telah melakukan pembedahan mengurangkan berat badan menteri India, Nitin Gadkari dan Venkaiah Naidu sebelum ini memberitahu BBC, selepas melihat laporan dan gambar perubatan, dia percaya wanita itu mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 450kg.

Dr Lakdawala berkata, keluarga wanita itu memberitahu, Eman mempunyai berat 5kg ketika lahir dan disahkan menghidap penyanyi untut iaitu keadaan di mana anggota badan atau bahagian badan yang lain membengkak disebabkan oleh jangkitan parasit.

“Keluarga wanita itu berkata, ketika dia berusia 11 tahun, dia mengalami masalah berat badan dan menyebabkan dia tidak boleh berdiri dan merangkak.

“Wanita itu kemudian mengalami strok yang menyebabkan dia terlantar di atas katil dan tidak mampu meninggalkan rumah sejak itu,” katanya.

Eman dijaga oleh ibu dan kakaknya.

Tambah Dr Laksawala lagi, wanita itu dijangka dibawa ke Mumbai minggu depan sebaik urusan rasmi selesai.

“Dia akan perlu kekal di Mumbai untuk dua hingga tiga bulan untuk pembedahan dan rawatan sebelum pulang ke rumah, tetapi ia akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk memperoleh berat badan bawah 100kg,” kata pakar bedah.

http://www.sinarharian.com.my/global…dahan-1.596245

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts