You are here

Wanita tempatan terpikat lelaki Afrika kerana bau badan




Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit.



Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita.



“Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.



“Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya,” katanya.



Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.



Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment