You are here
berita 

Wanita Saudi tonton bola sepak di stadium buat pertama kali

Quote:

WANITA Arab Saudi melihat perlawanan bola sepak antara pasukan Al-Ahli menentang Al-Batin di King Abdullah Sports City di Jeddah kelmarin. – REUTERS







JEDDAH – Golongan wanita di Arab Saudi buat kali pertama dibenarkan masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak kelmarin.

Kedatangan mereka disambut oleh wanita memakai abaya hitam dan jaket oren yang berdiri di pintu gerbang Stadium Raja Abdullah untuk mengarahkan masuk ke ruangan keluarga.

Golongan wanita membuat kemunculan pertama menonton pasukan al-Ahli berdepan al-Batin di bandar Jeddah bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan bersama pasangan, anak dan rakan-rakan.

Pihak Berkuasa Sukan Umum mengumumkan pada Oktober lalu bahawa stadium di Jeddah, Dammam dan Riyadh akan diubah suai untuk menampung tempat duduk keluarga bermula tahun ini.

“Sejujurnya, keputusan itu sepatutnya berlaku lebih lama dulu.

“Bagaimanapun syukur, ia berlaku pada masa yang tepat dan berharap akan menggembirakan golongan wanita,” kata seorang pengunjung, Muneera al-Ghamdi.

Keputusan yang membolehkan wanita menghadiri acara sukan terbuka adalah salah satu perubahan di negara itu dalam beberapa bulan ini. Ia disambut baik sebagai bukti trend progresif baharu di negara Islam yang sangat konservatif tersebut.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Jeddah membuka pusat pameran kereta pertama khusus untuk wanita, beberapa bulan selepas Arab Saudi mengumumkan membenarkan golongan itu hak untuk memandu.

Satu perlawanan bola sepak semalam di ibu kota Riyadh juga akan mengalu-alukan peminat wanita.

Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, 32, telah dipuji kerana melakukan pembaharuan tersebut. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/dunia/wanita…saudi-1.589936

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts