You are here
berita 

Wanita parah Viva dipandu laju rempuh tembok plaza tol

http://www.youtube.com/watch?v=y5ckE-4oNeY


Sungai Buloh: Wanita parah selepas kereta dipandunya merempuh tembok simen di Plaza Tol Kundang Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) menghala Kuala Selangor, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, pemandu Nurul Atikah Jafri, 21, dari Batu 8 1/4 Gombak dilaporkan parah di muka dan tangan akibat rempuhan kuat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata, akibat kecederaannya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan kecemasan.

Katanya, dalam kejadian itu kenderaan dari arah Selayang menghala Puncak Alam dipercayai dipandu laju dan tidak sempat dihentikan ketika menghampiri plaza tol.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan dan sisi kiri manakala pemandunya cedera pada muka dan tangan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan dan mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan kejadian itu, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di plaza tol berkenaan yang menunjukkan kereta mangsa merempuh tembok plaza tol itu tersebar di media sosial.

Menerusi video lapan saat itu, dapat dilihat kenderaan mangsa meluncur laju dan terus merempuh tembok tiang plaza tol menyebabkan bahagian hadapan kereta berkenaan remuk.

http://www.hmetro.com.my/node/187033

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts