You are here
berita 

Wanita maut terjatuh dalam mesin pengisar, hanya tinggal kaki

Foto hiasan.

Moscow: Mayat seorang ibu dua anak hancur selepas dia terjatuh ke dalam mesin pengisar coklat di sebuah kilang kek tempat dia bekerja berhampiran bandar raya ini.

Kejadian berlaku apabila Svetlana Roslina, 24, cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam bekas campuran manisan.

Malangnya, dia terjatuh ke dalam mesin yang sedang bergerak itu dan tidak boleh keluar.

“Dia dikisar. Yang tinggal hanya kakinya,” kata sumber di kilang yang terletak di Fedortsovo, di wilayah Moscow itu.

Versi lain mengenai kejadian itu mendakwa, Svetlana terjatuh ke dalam pembancuh gergasi ketika menuang bancuhan ke dalamnya.

“Dia diheret masuk ke dalam mesin itu ketika cuba menuang karung berisi campuran manisan,” menurut satu lagi sumber.

Wanita itu mempunyai dua anak bawah usia lima tahun. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/189525

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts