You are here
berita 

Wanita disangka mati masih hidup ketika upacara bakar mayat, Polis jalankan siasatan

RACHNA Sisodia bersama suami, Devesh Chaudhary

Quote:

NEW DELHI: Polis India melancarkan siasatan bagi mengetahui sama ada wanita yang diisytiharkan mati oleh doktor dan dibakar oleh suaminya, sebenarnya masih hidup ketika upacara itu dijalankan

Pada 25 Februari lalu, doktor di Hospital Sharda di Uttar Pradesh mengisytiharkan Rachna Sisodia, 24, meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru

Memetik sumber hospital, akhbar Times of India, melaporkan Sisodia diisytiharkan mati pada jam 11.45 malam (waktu tempatan) sebelum keesokan harinya, mayat itu dituntut suaminya untuk dikebumikan mengikut amalan tradisi

Bagaimanapun, punca kematian wanita itu dipertikaikan keluarganya, malah mereka menuduh suami Sisodia membakarnya ketika dia masih hidup

Berikutan itu, keluarga Sisodia membuat laporan polis, sebaik sahaja mengetahui upacara pembakaran diadakan di daerah Aligarh di Uttar Pradesh, iaitu beberapa jam selepas mayatnya dituntut dari hospital

Sementara itu, bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat yang sudah rentung itu menunjukkan ada partikel abu dalam paru-paru dan salur pernafasannya, menandakan Sisodia mungkin masih bernafas ketika dibakar

Dua panel doktor yang dipanggil untuk menilai kes berkenaan merumuskan wanita itu meninggal dunia kerana ‘terkejut kerana dibakar hidup-hidup’

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/255806


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts