You are here
berita 

Wanita dihukum butakan mata lepas simbah asid ke muka mangsa

Teheran: Mahkamah Agung Iran memutuskan seorang wanita perlu dibutakan satu matanya sebagai hukuman melakukan serangan asid menyebabkan mangsanya buta satu mata.

Jumaat lalu, agensi berita Tasnim melaporkan, sejak Revolusi 1979, undang-undang Syariah Iran membenarkan hukuman pembalasan digelar qisas bagi kes membabit kecederaan tubuh namun boleh ditolak oleh mangsa atau keluarganya.

Wanita berkenaan didakwa mencurah asid pada muka mangsanya dikenali sebagai Sima, di Dehdasht, dua tahun lalu.

“Hukuman membutakan satu mata, bayaran kerana hutang darah (pampasan) dan tujuh tahun penjara sudah diputuskan mahkamah,” kata Ketua Hakim, Majid Karami.

Mangsa dan keluarganya akan menentukan sama ada mereka mahu hukuman itu dilaksanakan atau tidak.

Pada 2011, seorang wanita yang buta akibat serangan asid, memberi pengampunannya beberapa jam sebelum lelaki yang menyerangnya bakal dibutakan mata oleh doktor juga menggunakan asid.

Pertubuhan hak asasi di Iran kini merayu wanita itu dan keluarganya supaya menunjukkan belas kasihan mereka terhadap pesalah.

http://www.hmetro.com.my/node/203456

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts