You are here
berita 

Wanita China dipenjara 39 bulan gara-gara kedekut 70 sen

BAS dinaiki terlanggar pokok akibat pertengkaran itu. – scmp.com

Zhejiang (China): Seorang ibu beranak dua dipenjara 39 bulan kerana menyerang seorang pemandu bas, sekali gus menyebabkan kenderaan itu nahas semata-mata kerana enggan membayar satu yuan (70 sen) untuk tiket anaknya.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Wan, turut diarahkan membayar pampasan 125,000 yuan (RM80,760) kepada syarikat bas tempatan terbabit selepas didapati bersalah membahayakan keselamatan awam di mahkamah daerah Liandu di Lishui, wilayah Zhejiang.

Beberapa orang dilaporkan cedera apabila bas itu merempuh pokok di tepi jalan, termasuk seorang lelaki berusia 62 tahun yang patah tulang di beberapa bahagian badannya.

Kejadian berlaku September lalu apabila Wan bersama dua anaknya menaiki bas terbabit untuk melawat ibu mentuanya.

Dia membayar tambang empat yuan (RM2.60) meliputi kos seorang dewasa dan seorang kanak-kanak, tetapi pemandu bas terbabit memintanya membayar empat yuan lagi untuk anak keduanya.

Wan kemudian membayar tiga yuan (RM2), tetapi mula bertekak dengan pemandu bas itu kerana enggan membayar baki selebihnya.

Dia kemudian memukul pemandu itu di kepala dengan beg sandangnya menyebabkan bas terbabit hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.

Kes pemandu bas diserang penumpang kerana perkara remeh bukanlah perkara yang luar biasa di China. Isnin lalu, seorang pemandu bas cedera teruk apabila seorang lelaki berang kerana tidak menyediakan wang kecil untuk membayar baki tambangnya di Nantong, wilayah Jiangsu. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/204829

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts