You are here
berita 

Wanita berjalan dengan pisau ditahan di Sungai besar, Selangor

Rakaman video tersebar menerusi akaun Facebook I Love Sungai Besar, pagi tadi.

SUNGAI BESAR – Seorang remaja perempuan yang mundar mandir dengan membawa pisau di kaki lima deretan kedai di Pekan Sungai Besar, di sini, ditahan polis di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Azmi Isa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja berusia 19 tahun itu dipercayai mempunyai masalah mental dilihat membawa pisau pemotong bawang.

Bagaimanapun, katanya, remaja warga tempatan itu tidak mengganggu orang ramai yang berurusan di pekan itu.

“Kejadian ini disedari anggota peronda yang menjalankan tugas pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.

“Anggota peronda kemudian mengekori remaja perempuan ini sebelum berjaya menahannya kira-kira lima minit kemudian kerana dia tidak bertindak agresif ketika ditangkap.

“Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan, Perak, untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital itu,” katanya.

Rakaman video tindakan remaja perempuan berkenaan tersebar melalui akaun laman sosial Facebook I Love Sungai Besar pagi tadi, yang meminta masyarakat Sungai Besar berhati-hati ekoran kejadian berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 43 saat itu, remaja perempaun yang memakai baju t berwarna putih dan berseluar panjang warna gelap, dilihat mundar mandir dengan membawa pisau yang sesekali diacukan kepada anggota polis yang mengekorinya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…tahan-1.700174

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts