You are here
berita 

Waktu tugas iman bilal sama dengan penjawat awam lain

GHAZALI TAIB

Quote:

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Imam dan bilal yang dilantik kerajaan negeri perlu bertugas mengikut syif, selama lapan jam sehari seperti penjawat awam lain agar tumpuan penuh boleh diberikan terhadap peranan dan tanggungjawab mereka termasuk berurusan dengan orang ramai

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sebelum ini kebiasaannya mereka bertugas pada waktu-waktu tertentu seperti mengimamkan solat dan kemudian pulang ke rumah tanpa melakukan aktiviti lain di masjid

“Sebagai contoh, kita mahu imam bertugas mulai pukul 5.30 pagi bagi mengimamkan solat Subuh dan kemudiannya boleh menggerakkan aktiviti seperti mengajar al-Quran dan fardhu ain sehingga masuk waktu Zohor

“Mereka akan tamat bertugas kira-kira 1.30 tengah hari. Imam kedua pula akan menyambung tugas mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 9.30 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Terdahulu beliau menyampaikan sijil pelantikan pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid dan bayaran wang pengurusan tahunan bagi masjid di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, di sini hari ini

http://www.utusan.com.my/berita/terk…utId0.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts