You are here
berita 

Viral susu Dutch Lady tiruan di pasaran

KUALA LUMPUR – Sejak kelmarin, tular mengenai susu tepung Dutch Baby untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan di media sosial yang didakwa tiruan.

Bayi dikatakan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sebaik minum susu daripada pek susu Ducth Lady yang dilabel 102.

Menurut perkongsian yang dituralkan, label 102 adalah tiruan manakala susu asli dilabel sebagai 101. katanya terdapat perbezaan warna antara pek tiruan dan asli selain perkataan ‘Calcium’ yang ditulis berbeza.

Pelayar media sosial turut menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika memilih susu, bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Dutch Lady Malaysia telah menerima dan menghantar sampel produk tersebut ke makmal mereka dan makmal luar yang berstatus bebas untuk menjalankan ujian.

“Kami maklum mengenai aduan berhubung dengan seorang kanak-kanak yang perlu mendapatkan nasihat perubatan beberapa hari selepas meminum susu Dutch Lady Curious (900g).

“Kami memandang serius setiap insiden seperti ini dan akan menjalankan siasatan menyeluruh. Pada peringkat ini, tidak diketahui sama ada punca itu disebabkan oleh susu atau faktor lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dutch lady sedang melakukan siasatan terperinci untuk mengetahui punca masalah berkenaan.

“Kami sedar pelanggan dan pengguna Dutch Lady bimbang tentang keadaan ini.

“Sekali lagi kami menegaskan bahawa kami mengamalkan kawalan kualiti dan keselamatan yang paling ketat sepanjang peringkat proses pembuatan dan rantaian bekalan kami,” katanya.

Katanya, ia bagi memastikan semua produk yang dihasilkan di bawah kualiti dan kebersihan tertinggi. Produk di bawah jenama Dutch Lady mematuhi undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa…akmal-1.797546

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts