You are here
berita 

Viral 3 beradik pakai baju, kasut sekolah lusuh

Kasut yang dipakai Farid dan Fatimah.


KEADAAN baju sekolah yang dipakai Farid, 17. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber


DUA keping gambar Fatimah Zahara, 7, yang hadir pada sesi daftar murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh dengan mengenakan pakaian sekolah serta kasut lusuh tersiar di laman sosial, Facebook, hari ini.

Saya tak mampu – Ibu

JASIN: Seorang ibu tunggal dari Ayer Keroh, di sini, hari ini, terkejut apabila berita mengenai anaknya yang juga pelajar miskin hanya berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh menjadi tular di laman sosial, Facebook.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 40-an, berkata walaupun berita yang tersebar itu benar namun bukan dia yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Tiga anaknya, Farid Zakaria, 17; Julie Kalthum, 8; dan Fatimah Zahara Abdullah, 7, itu hanya berpakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan, sejak empat tahun lalu.

“Memang benar, pakaian sekolah yang digunakan anak-anak saya empat tahun lepas itulah dipakai bersilih ganti setiap hari sehingga kini dan ia semakin lusuh.

“Saya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka kerana tidak mampu, malah wang saku juga saya tidak mampu beri,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Hari ini, dua keping gambar anak bongsunya, Fatimah Zahara, yang hadir pada sesi daftar murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh dengan mengenakan pakaian sekolah serta kasut lusuh tersiar di laman sosial, Facebook, sehingga mengundang simpati netizen.

Hasnah berkata, bagi menampung keperluan diri dan tiga anaknya itu dalam keadaan kesempitan hidup itu, dia terpaksa bekerja sebagai guru kelas tambahan secara sambilan dengan pendapatan RM50 bagi tempoh dua jam.

“Saya akan mengajar kelas tambahan dari rumah ke rumah jika ada ibu bapa yang mahu dapatkan perkhidmatan saya. Kadang-kala, saya akan ke madrasah untuk mengajar secara percuma,” katanya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Katanya, tiada sebarang bantuan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal diterima setakat ini.

http://www.bharian.com.my/node/229950

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts