You are here
berita 

Vietjet tawar 5 juta tiket promosi dari RM1 (28 Dis 2016 – 28 Feb 2017)

Quote:

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan era baharu Vietnam, Vietjet menawarkan lima juta tiket penerbangan promosi sempena sambutan ulang tahun kelimanya, berharga daripada RM1, mulai 28 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017

Menurut kenyataan Vietjet, orang ramai berpeluang mendapatkan tiket itu bermula 1 petang hingga 3 petang waktu Malaysia setiap hari melalui www.vietjetair.com

Promosi itu tertakluk bagi laluan domestik Vietnam dan perkhidmatan antarabangsa antara Vietnam dan Kuala Lumpur; Hong Kong; Taipei, Kaohsiung, Taichung, Tainan (Taiwan); Seoul dan Busan (Korea Selatan), Singapura; Bangkok (Thailand); Yangon (Myanmar), dan Siem Reap (Kemboja)

Promosi terbesar syarikat penerbangan itu, “Win a 1kg Gold Airplane, Fly to a Happy”, menawarkan hadiah utama berupa emas dalam bentuk replika pesawat seberat satu kilogram

“Kesemua penumpang, yang membuat tempahan tiket dalam tempoh promosi berpeluang menyertai cabutan bertuah mingguan istimewa untuk memenangi hadiah jongkong emas seberat 3.75 gram selain berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik harian percuma dengan Vietjet,” kata syarikat itu

Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam beroperasi sebagai syarikat penerbangan era baharu dengan perkhidmatan kos rendah dan kepelbagaian untuk memenuhi permintaan pelanggan

Syarikat penerbangan itu ketika ini mempunyai 42 pesawat, termasuk A320 and A321, selain mengendalikan 350 penerbangan setiap hari

Vietjet, yang melancarkan laluan antarabangsanya menghubungkan Ho Chi Minh City (Vietnam) dengan Kuala Lumpur tahun lalu, beroperasi secara harian

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230865


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts