You are here

VIDEO : Macam-Macam Benda Dibaling Dari Tingkat Atas


Kejadian penghuni tingkat atas sebuah rumah jenis pangsapuri membuang pelbagai jenis barangan dan sampah kepada penghuni di tingkat bawah kemungkinan berlaku sesekali sahaja dan tidak kerap.

Bagaimanapun di sebuah kediaman tinggi di Singapura, para penghuni di tingkat bawah terpaksa membuat laporan polis kerana kejadian itu.
Dipaparkan di laman YouTube, seorang penghuni memuatnaik video rakamnnya menunjukkan banyak barangan termasuk permainan kanak-kanak dibaling ke bawah masuk ke rumahnya.
“Saya berjaya merakamkan kejadian ini tentang jiran saya di bahagian atas di Kondominium Tropica di daerah Tampines.
“Saya sudah pun membuat tiga laporan polis setakat ini yang terakhir pada 3 Jun lepas.
“Saya sudah mengalami banyak perkara sebegini tetapi kini ia menjadi semakin teruk.
“Pelbagai benda antaranya tuala wanita dan juga sudu besi dicampakkan sehingga terkena payung kanvas, mujurlah kami tidak terkena benda-benda itu sehingg dimasukkan ke hospital,” katanya yang hanya dikenali sebagai Lek menurut laporan portal Stomp.
Lek berkata gambar dan bukti sudah pun dihantar ke pihak pengurusan kondominium tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.
Menurut beliau, kemungkinan selepas ini jika dia hendak ke taman kecil di belakang rumahnya dia harus memakai perlindungan keselamatan termasuklah topi keledar.
“Siapa boleh menjamin saya tidak akan ditimpa sebuah televisyen pada masa akan datang?” – MYNEWSHUB.MY

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment