You are here

Van Gaal Dapat 'Lampu Hijau' Belanja Lebih Besar

Louis van Gaal dilaporkan telah diberi ‘lampu hijau’ oleh lembaga pengarah Manchester United untuk terus membentuk skuad berkenaan dengan mengeluarkan perbelanjaan lebih besar.
Van Gaal Dapat 'Lampu Hijau' Belanja Lebih Besar, info, terkini, berita suka bola sepka, spekulasi pembelian pemain bola sepak, sensasi,
United yang baru membelanjakan sebanyak £150 juta pada musim pemindahan kali ini dijangka akan memburu Kevin Strootman, Mats Hummels dan Marco Reus.
Strootman yang merupakan pemain tengah Belanda antara yang menjadi sasaran Van Gaal selepas pintu pemindahan dibuka semula pada Januari depan.

Pemain berusia 24 tahun itu dianggar bernilai £30 juta, tetapi pengendali Roma Rudi Garcia mahu Strootman dijual pada harga £79 juta.

Van Gaal Dapat 'Lampu Hijau' Belanja Lebih Besar, info, terkini, berita suka bola sepka, spekulasi pembelian pemain bola sepak, sensasi,
Strootman
Bagaimanapun, Roma perlu mengambil kira keadaan kecederaan pemain berkenaan untuk menjualnya pada harga tidak sepatutnya.

United sebelum ini kecewa apabila usahanya untuk mendapatkan pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels tidak berjaya kerana pemain itu masih mempunyai kontrak sehingga Julai 2017.

Van Gaal Dapat 'Lampu Hijau' Belanja Lebih Besar, info, terkini, berita suka bola sepka, spekulasi pembelian pemain bola sepak, sensasi,
Mats Hummels
Pemain berusia 25 tahun itu menjadi buruan Van Gaal bagi menggantikan barisan pertahanan United yang ditinggalkan Rio Ferdinand dan Vidic.

Pada masa sama, United turut menjadi kelab tunggal yang terus mengekori rapat perkembangan Marco Reus yang masih mempunyai kontrak bernilai £19.8 juta.

Van Gaal Dapat 'Lampu Hijau' Belanja Lebih Besar, info, terkini, berita suka bola sepka, spekulasi pembelian pemain bola sepak, sensasi,
Marco Reus
Reus dijangka dijual pada awal 2016 tetapi United dilapor akan membelinya lebih awal menerusi penebusan kontrak.

Baca : Juventus Buru Juan Mata dan Antonio Valencia
Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment