You are here
berita 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Beri Petrol percuma sempena Ramadan

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif menunjukkan isyarat bagus bersama penunggang motosikal selepas mengisi minyak di Kuala Terengganu petang tadi. – UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menggerakkan program amal Ramadan dengan pemberian minyak petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Program yang dijadikan acara tahunan setiap kali ketibaan Ramadan ini dilakukan dalam tiga sesi bermula petang tadi dan disusuli pada petang 14 dan 21 Jun di stesyen minyak terpilih.

Dalam program petang tadi di stesyen minyak Petronas berhampiran kampus UniSZA di Gong Badak, seramai 200 penerima yang terdiri daripada masyarakat setempat menerima pengagihan minyak itu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/komu…#ixzz4jO9uvyy3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts