You are here
berita 

Ugut guna pisau cukur, Gagal ragut rantai leher nenek, Dipukul orang awam

Quote:

Jasin: Tindakan seorang lelaki cuba meragut rantai leher wanita warga emas di sebuah kedai runcit, di sini, semalam, mengundang padah apabila dia dipukul orang awam yang menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, K Thailamah, 67, dari Bemban, di sini, sedang membeli barangan di sebuah kedai runcit sebelum didatangi suspek berusia 52 tahun yang cuba merentap rantai lehernya

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Sakri [email protected] berkata, cubaan meragut rantai leher mangsa itu bagaimanapun tidak berjaya

“Suspek dipercayai menggunakan pisau cukur sebagai senjata untuk merentap rantai leher mangsa. Apabila tidak berjaya, suspek cuba melarikan diri sebelum ditangkap orang awam

“Akibat cubaan ragut itu, mangsa mengalami kecederaan luka pada leher dan menerima 24 jahitan. Mangsa ditahan di wad pemerhatian Hospital Jasin,” katanya

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan

http://www.hmetro.com.my/node/211413


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts