You are here
berita 

Tumor seberat 11kg tumbuh di muka berjaya dibuang


Sebelum dan selepas pembedahan


TAPLEJUNG – NEPAL. Seorang lelaki berasa seperti dilahirkan semula selepas tumor yang tumbuh di mukanya seberat 11kg berjaya dibuang.

Sejak berusia 12 tahun, Krishna Prasad Bhattarai, 60, dari Taplejung, timur Nepal mengalami Neurofibromatosis di mana tumor tumbuh di sepanjang saraf.

Keadaan ini menyebabkan dia hidup dengan tumor gergasi yang terjuntai di mukannya yang membesar malah menyamai berat kanak-kanak.

Sebelum ini, dia diberitahu doktor bahawa tumor itu tidak boleh dibuang.

Namun, Dr Jaswan Shakya dari Hospital Sushma Koirala, Kathmandu membantu melakukan pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

“Saya mempunyai ramai pesakit yang mempunyai ketumbuhan kecil di muka, namun ia tidak sebesar ini.

“Saya benar-benar terkejut ketika melihatnya pada mulanya. Saya pernah melakukan pembedahan membuang tumor selama bertahun tahun tetapi ia adalah tumor terbesar yang pernah saya lihat di Nepal,” kata Dr Jaswan dipetik Mirror.uk.

Tumor pertama yang mula tumbuh di kepala Krishna ketika berumur 12 tahun dan mula membesar sehingga terjuntai di mukanya.

Akibatknya dia tidak berkahwin dan sukar memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, Krishna lega selepas ia berjaya dibuang dalam pembedahan yang berlangsung selama tujuh jam.

“Ia seperti kelahiran semula bagi saya, saya pernah berasa benci melihat diri sendiri di cermin dan tiada siapa yang mahu bercakap dengan saya dan kini kehidupan sangat berbeza.

“Hidup saya telah berubah secara drastik selepas pembedahan.

“Saya amat berterima kasih kepada doktor kerana membantu saya. Dia telah memberikan saya kehidupan yang baru.” ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/global…buang-1.599444

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts