You are here
berita 

Tragedi kabel putus إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَا&#

Quote:

Kota Bharu: Kontraktor maut dihempap kotak janakuasa elektrik dalam kejadian di Taman Mesra, Bukit Cina, Kok Lanas di sini kira-kira 12.20 tengah hari, hari ini

Mohd Saifulnizam Fuad, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala

Difahamkan, kabel kren yang mengangkat kotak berkenaan untuk dimuatkan ke dalam lori tiba-tiba putus

Tiada pekerja lain yang cedera dalam kejadian itu

Kakak iparnya, Che Zaini Yusof, 57, berkata, dia menerima maklumat kejadian itu pada jam 2.30 petang selepas dihubungi isteri mangsa dari Puchong, Selangor

“Terkejut dengan panggilan itu menyebabkan kami sekeluarga segera ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini sebaik diberitahu mayat arwah sudah dibawa ke sana

“Punca sebenar bagaimana tali kren boleh putus pun masih tidak jelas lagi. Yang tahunya tali kren yang pindahkan tiga kotak janakuasa dari kedai ke dalam lori putus dan satu kotak itu menghempapnya

“Apapun, kami menunggu penjelasan lanjut polis,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, hari ini

Che Zaini berkata, keluarganya menunggu mayat dibedah siasat sebelum menuntut untuk proses pengebumian

http://www.hmetro.com.my/node/189393


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts