You are here
berita 

Tong gas meletup, Pekerja memproses ayam parah akibat disambar api

Quote:

GEORGETOWN – Seorang pekerja memproses ayam di Pasar Batu Lanchang di sini parah akibat letupan tong gas

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana berlaku kebocoran pada tong gas berkenaan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada 11 Februari kira-kira jam 1 pagi

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa, Imron Surini, 35 yang bekerja sebagai pembantu di perniagaan itu berseorang diri

“Mangsa merupakan warga Indonesia dan ketika kejadian, di baru hendak memulakan kerja memproses ayam. Dari keterangan majikannya, mangsa datang terlebih dahulu untuk memulakan kerja

“Ketika itu, mangsa yang baharu tujuh bulan bekerja itu disambar api berkemungkinan dari kebocoran paip daripada tong gas ke dapur. Apabila api dinyalakan, ia terus menyambar mangsa yang ada di tempat kejadian pada ketika itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian

Mior Faridalathrash berkata, dari keterangan majikan mangsa, dia menolak kejadian itu berunsur jenayah kerana dalam pengetahuannya, mangsa tidak pernah bergaduh atau mempunyai musuh

“Keterangan diambil dari saksi dan mengklasifikasikan kes itu tiada unsur jenayah

“Kecederaan mangsa akibat panas api gas yang menyambar. Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…r-api-1.626887


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts