You are here
berita 

TMJ : Tiada tempat untuk pesalah rasuah di Johor

JOHOR BAHARU 14 Mac – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, negeri ini tidak mempunyai tempat untuk mereka yang tidak mengamalkan integriti dalam tugasan yang diberikan serta terlibat dengan rasuah.

Menerusi satu status dimuat naik dalam Facebook JOHOR Southern Tigers malam tadi, Tunku Ismail berkata, mereka yang diberikan amanah dan tanggungjawab harus menjalankan kewajipan untuk berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

“Sekiranya anda mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada rakyat, sebagai mana yang DYMM Tuanku (Sultan Johor) pernah bertitah, anda tidak layak berada di Johor dan kami akan pastikan anda tidak mempunyai tempat di negeri berdaulat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/wila…#ixzz4bHhOYpPq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts