You are here
berita 

Tindakan kebas 4 telefon bimbit RM8105 dirakam CCTV, Wanita ditahan polis

Gambar suspek yang dirakam CCTV

Quote:

Kuching: Polis menahan seorang wanita awal pagi semalam kerana mencuri empat telefon bimbit bernilai RM8,105 dari kedai menjual alat komunikasi, Jumaat lalu

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada 2.30 pagi semalam di Kampung Sungai Periuk, di sini, oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Tindakan wanita terbabit bersama dua lagi rakannya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum ia menjadi tular di laman sosial

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek sebelum itu masuk ke premis berkenaan dan berpura-pura sebagai pelanggan dengan bertanyakan harga beberapa telefon bimbit

Menurutnya, lelaki berusia 30 tahun yang juga penjual telefon bimbit itu tidak menyedari tindakan suspek berjaya membuka rak pameran kerana sibuk melayan pelanggan lain

“Suspek meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan penjual berkenaan hanya menyedari kehilangan telefon bimbit selepas melakukan pemeriksaan ketika mahu menamatkan operasi perniagaan jam 10 malam

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/214967


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts