You are here
berita 

Tiga maut bom meletup di kampus

Seorang mangsa cedera parah akibat serangan bom berani mati di kampus universiti dibawa keluar dari ambulans di luar unit kecemasan di Hospital Aminu Kano, di bandar Nigeria utara Kano

Quote:

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan bom berani mati di kampus universiti di utara Nigeria, kata polis hari ini

Menurut saksi, letupan berlaku di sebuah masjid terletak di dalam kawasan kuarters kakitangan Universiti Maiduguri

Perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang remaja perempuan

Bagaimanapun, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab, tetapi ia dipercayai dilakukan kumpulan pelampau militan Boko Haram yang sering menggunakan wanita muda sebagai bom manusia

Jurucakap polis Borno, Victor Isuku, berkata sebelum kejadian, pihak polis yang membuat rondaan berjaya menembak seorang remaja perempuan berusia 12 tahun, ketika dia cuba memasuki universiti itu kira-kira jam 5.15 pagi (waktu tempatan)

“Peranti bahan letupan (IED) yang diikat pada badannya meletup dan membunuhnya serta merta

“Tidak lama selepas itu, letupan kedua berlaku di sebuah masjid dalam universiti sama

“Empat orang, termasuk seorang profesor dan pengebom berani mati kedua antara yang terbunuh, sementara 15 lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Pendidikan Universiti Maiduguri,” katanya dalam satu kenyataan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/235465


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts