You are here
berita 

Tidak mahu lepaskan ‘McNugget’ walaupun diacu pistol

Quote:

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Seorang gadis berusia 13 tahun dilaporkan bertegas untuk tidak memberikan ayam ‘McNugget’nya walaupun telah diacu pistol di bahagian kepala lapor Huffington Post

Jurucakap polis memberitahu media, kejadian tersebut berlaku di kawasan kejiranan Harlem di mana gadis tersebut telah diminta memberikan makanan tersebut kepada seorang remaja lelaki berusia 12 tahun

Bagaimanapun, apabila gadis tersebut menolak, remaja tersebut yang juga merupakan rakan sekolahnya membuatkan suspek mengikut beliau hingga ke stesen kereta api bawah tanah dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukannya di kepalanya

Namun begitu, beliau masih enggan berbuat demikian dan menepis senjata berkenaan dan meminta agar remaja tersebut tidak mengganggunya

Polis tidak menjumpai pistol tersebut, namun banyak saksi tampil mengatakan mereka nampak kejadian tersebut terjadi

Sementara itu, remaja itu akan didakwa di Mahkamah Keluarga sebagai pesalah juvana sebagai cubaan mencuri

http://www.sinarharian.com.my/global…istol-1.612616


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts