You are here

‘Tiada sebab nak jual hadiah kereta’

Aaron menerima kereta tajaan, Nissan Teana daripada David Chen (kiri) dan Rosie Tan di Hotel Mandarin Oriental.

Aaron hargai peminat undi Bintang Paling Popular ABPBH 2013

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Aaron Aziz, tidak berhasrat menjual kereta Nissan Teana yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013.

Walaupun sudah memiliki tiga kenderaan, Aaron, 38, berkata kereta jenis sedan eksekutif premium serba baharu generasi ketiga tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) itu, tetap akan disimpan kerana ia adalah kenangan terindah daripada peminat setianya. 


“Tiada sebab untuk saya jual kereta ini kerana ia hadiah peminat kepada saya. Mereka yang bersusah payah mengundi saya sehingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013. 



Kenderaan harian

“Saya akan gunakan kereta ini sebagai kenderaan harian,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kereta model terbaharu itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Aaron menerima kereta berkenaan daripada Timbalan Pengarah Urusan ETCM, Datuk Rosie Tan pada majlis terbabit yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen.
Mengulas hadiah kemenangannya, pelakon Ombak Rindu itu berkata, sebagai pemilik terawal, beliau sangat teruja kerana bukan saja reka bentuk kereta itu yang menarik, malah ia turut dilengkapi ciri-ciri mewah, selesa serta amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Pada malam kemuncak ABPBH 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 24 Mei lalu, Aaron dipilih sebagai Bintang Paling Popular selepas memperoleh 76,742 undi. Beliau turut diumumkan Pelakon Filem Lelaki Popular bagi edisi ke-27 itu.SUMBER

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment