You are here
berita 

Tertarik pakej murah pelancongan ke luar negara, Mangsa kerugian RM2200

Quote:

BANDAR SERI JEMPOL: Tertarik dengan tawaran pakej pelancongan ke luar negara yang murah menyebabkan seorang kakitangan swasta di sini kerugian RM2,200

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 52 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai ejen pelancongan, Disember lalu

Katanya, lelaki berkenaan menawarkan pakej percutian ke Australia untuk tiga orang bernilai RM5,000 dan menarik minat mangsa kerana menganggap bayaran dikenakan sangat murah

“Pakej didakwa merangkumi tiket penerbangan dan penginapan untuk percutian empat hari dan mangsa membuat bayaran pendahuluan RM2,200 ke dalam akaun bank seorang lelaki, akhir bulan lalu,” katanya di sini, hari ini

Noorzainy berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi lelaki terbabit, lalu membuat laporan di Balai Polis Bahau di sini, tengah hari semalam

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242593


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts