You are here
berita 

Terpaksa jual rumah, Ferrari ditipu pembelian emas RM14 juta

MANGSA menunjukkan gambar jongkong emas dan laporan polis berhubung penipuan emas yang dialaminya. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa jual rumah, kereta Ferrari, Audi, BMW dan Range Rover Evoque untuk lunas hutang kepada 128 pelanggan selain pinjam along RM300,000,”.

Itu dakwaan ahli perniagaan, Bahari selepas ditipu pasangan suami isteri sebanyak RM14 juta untuk pembelian 128.5 kilogram emas.

Pasangan itu mendakwa boleh membekalkan jongkong emas dengan harga murah untuk kedainya di Setiawangsa.

Bahari berkata, dia terpaksa menutup perniagaan yang diusahakan sejak 2013 berikutan tidak dapat menyiapkan tempahan barang kemas pelanggan bernilai RM7 juta.

Pembekal emas itu yang dihubungi pula mendakwa menjadi mangsa penipuan pembelian jongkong emas oleh 3 syarikat beroperasi di Melaka dan Lembah Klang.

Menurutnya lagi, dia kerugian RM23 juta akibat penipuan itu dan diburu pelanggan yang menuduhnya dia penipu.

Dia membuat 3 laporan polis di Melaka dua tahun lalu bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

http://www.hmetro.com.my/node/198512

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts