You are here
berita 

Terlepas daftar masuk, tampar staf penerbangan

Tindakan wanita itu yang dirakam kamera pengawasan.

BEIJING – CHINA. Seorang wanita ditahan 10 hari dan disenarai hitam oleh Air France selepas dia bertindak penampar seorang kakitangan di sebuah lapangan terbang di tengah China.

Wanita itu berang selepas dia diberitahu oleh kakitangan tersebut, kauter daftas masuk untuk penerbangannya dari Wuhan ke Paris telah ditutup 40 minit awal pada Khamis, lapor Wuhan Evening News.

Kakitangan tersebut memintanya mengubah atau menuntut balik bayaran tiket, namun wanita itu enggan berbuat demikian dan berkata dia perlu menaiki penerbangan itu untuk mengambil bahagian dalam persidangan.

Wanita itu kemudian menyerbu ke kakitangan bekerja dan menampar salah seorang daripadanya sebanyak dua kali selepas rundingan gagal.

Polis kemudian menahan wanita yang namanya tidak didedahkan dalam laporan.

Dia turut disenarai hitam untuk menaiki penerbangan Air France, lapor The Beijing News.

Wanita berusia 36 tahun itu adalah pelajar ijazah kedoktoran di sebuah universiti terkemuka di Wuhan.

Ketika kejadian dia bersama suami serta anaknya.

Netizen mengecam tindakan wanita itu dan berkata, hukuman yang lebih berat sepatutnya dikenakan terhadapnya.

“Syarikat penerbangan lain patut menyenarai hitam wanita itu,” kata salah seorang netizen dipetik South China Morning Post.

http://www.sinarharian.com.my/global…angan-1.686196

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts