You are here
berita 

Tentera Mesir tembak mati nelayan Palestin

Abdullah Zeidan maut selepas ditembak tentera Mesir di sempadan perairan Mesir dan Palestin. – AGENSI

GAZA CITY 13 Jan. – Seorang nelayan warga Palestin ditembak mati oleh tentera Mesir dalam satu kejadian, hari ini.

Menurut sumber perubatan di sini, mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Zeidan, 33, dari kem pelarian Shati ditembak di bahagian dada oleh tentera Mesir berhampiran sempadan laut Palestin dengan Mesir.

“Selepas ditembak, mangsa kemudiannya dibawa ke hsopital namun dia meninggal dunia awal pagi ini.

“Kami sudah menghubungi pihak berkuasa Mesir untuk menyiasat kejadian tersebut dan memberi penjelasan mengapa mangsa ditembak,” jelas sumber tersebut. – AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar…#ixzz548SodD8H
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts