You are here
berita 

Tembak sampai habis peluru, anggota PGA ditahan

PADANG BESAR: Koperal Pasukan Gerakan Am (PGA) melepaskan tembakan rambang di sekurang-kurangnya empat lokasi dekat pintu sempadan Malaysia-Thailand, di sini.

Koperal PGA itu dikatakan menggunakan M16 dan kejadian itu berlaku pada 5.30 petang semalam.

Sumber-sumber polis berkata, kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian.

“Koperal berusia dalam 30-an itu mulanya tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ketika sedang melakukan rutin tugasan rondaan di pos kawalan pertama.

“Dia kemudian bermotosikal meninggalkan kawasan pos kawalan pertama. Masuk ke kawasan kebun getah, kira-kira 800 meter dari lokasi pos kawalan pertama dan sekali lagi melepaskan tembak rambang.

“Kira-kira lima minit kemudian, dia menuju pula ke kawasan pos kawalan kedua dan tembak pula ke arah tiang lampu.

“Selepas itu, dia bermotosikal lagi ke kawasan kolam dekat Stesen Kereta Api Padang Besar. Tempat itu tak jauh dari kawasan kawalan keselamatan kedua.

“Ketika itu, terdapat dua orang awam sedang memancing. Dia mengacukan senjatanya kepada mereka dan melepaskan tembakan secara rambang.

“Kedua-dua pemancing berkenaan bertempiaran lari dari kawasan itu,” kata sumber-sumber itu.

Menurutnya, koperal PGA itu kemjudian meninggalkan kawasan kolam itu dan kembali semula ke kawasan pos kawalan pertama.

“Dia tembak rambak ke arah bangunan pos kawalan, tingkap, tiang bendera dan lantai di pos. Anggota di dalam pos kawalan terpaksa lari menyelamatkan diri.

“Koperal itu hanya berhenti menembak selepas senjatanya kehabisan peluru. Polis kepong lokasi kejadian koperal itu ditahan.

“Polis turut merampas M16 dan Yamaha Nouvo LC yang digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Ghazani Abd Ghani, berkata siasatan awal mendapati suspek berada dalam pengaruh dadah jenis syabu ketika melepaskan tembakan itu.

Suspek akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/205371

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts