You are here
berita 

Teman lelaki untuk disewa, bayaran cecah RM1,000 sehari

Quote:

PROFIL calon teman lelaki untuk disewa ini lengkap dengan umur, ketinggian, berat dan pekerjaan. – Agensi


Bangkok: Permintaan perkhidmatan menyewa teman lelaki mula melonjak apabila perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir.

Pada tahun ini perkhidmatan itu dilaporkan semakin popular dan kadar sewa juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Tahun Baru Cina adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam perayaan itu.

Bagaimanapun, bagi wanita bujang, perayaan itu menjadi satu keadaan yang merimaskan apabila ibu bapa atau keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Kini, perkhidmatan itu menjadi trend popular di China.

Tahun ini, harga menyewa teman lelaki melonjak sehingga ada yang mencecah £180 (RM1,000) sehari dan ada pula yang menawarkan mengikut jam.

‘Sewa teman lelaki’ juga menjadi perkataan paling banyak ditaip di enjin pencarian Internet, termasuk di laman sesawang membeli-belah.

http://www.hmetro.com.my/node/198821

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts