You are here
berita 

Tayar pecah, Bas kilang terbabas, 12 pekerja asing cedera ringan

KEADAAN bas kilang yang terbabit kemalangan selepas tayar pecah di Kilometer 10.2 Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura, di Iskandar Puteri di sini pagi tadi

Quote:

ISKANDAR PUTERI: Seramai 20 penumpang bas kilang terdiri daripada warga asing, cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas di Kilometer 10.2 Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura, di sini, pagi tadi

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, tayar bas dikatakan pecah ketika dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata berdasarkan maklumat awal, 12 daripada penumpang mengalami kecederaan ringan susulan kemalangan itu

“Siasatan awal mendapati, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas tayar kiri hadapan pecah menyebabkannya terbabas ke kiri jalan berhampiran susur keluar ke Iskandar Puteri

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya

Noor Hashim berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242171


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts