You are here
berita 

Tawar diskaun lebih 80 peratus, Tindakan terhadap ulat saman – Tim Ketua Polis Negara

http://www.youtube.com/watch?v=n90CIPm_kxw

Quote:

Kuala Lumpur: Polis akan mengambil tindakan terhadap ulat saman yang menunggu di hadapan beberapa balai polis di Lembah Klang sebelum menawarkan diskaun melebihi 80 peratus

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengupah orang tengah dalam urusan pembayaran saman malah tidak pernah menawarkan diskaun seperti yang dinyatakan ulat-ulat itu

Menurutnya, PDRM sudah menetapkan harga untuk setiap saman dan orang ramai sentiasa diingatkan untuk membayar saman berkenaan dengan sendiri di kaunter bayaran kompaun trafik

“Kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas ulat-ulat saman ini jika mereka didapati masih berdiri di hadapan balai trafik

“Kami tidak tahu selama ini ulat-ulat ini ada menawarkan diskaun untuk saman seperti yang dilaporkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam bagi meraikan Pasukan Elit F yang menumpaskan keganasan komunis, malam tadi

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tawaran ulat saman di Balai Trafik Jalan Bandar, Balai Trafik Ampang dan Balai Trafik Kajang yang mampu menyelesaikan saman bernilai RM3,000 dengan hanya dengan membayar RM500 iaitu diskaun melebihi 80 peratus

Dalam laporan itu turut dinyatakan tindakan berani ulat dilihat lebih dominan daripada penguat kuasa dan menjadikan pejabat agensi berkenaan bagaikan sarang sendiri menimbulkan pelbagai persoalan, terutama berkaitan integriti

http://www.hmetro.com.my/node/187302


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts