You are here
berita 

Tawanan Daesh dihukum mati dengan bom

SINAI – MESIR. Seorang lelaki yang dituduh pengintip kerajaan Mesir dihukum mati dengan cara diletupkan oleh sebuah bom dalam video terbaru oleh pengganas Daesh.

Dalam video berkenaan, pengganas Daesh dirakam memakaikan bom kepada tawanan berpakaian oren berkenaan sebelum diletupkan, lapor Dailymail.

Selain diletupkan dengan bom, beberapa tawanan lain dirakam telah dipancung dan ditembak di kepala pada jarak dekat.

Kumpulan pengganas Daesh bertapak di Sinai semenjak November 2014 setelah kumpulan pengganas tempatan, Ansar Bayt al-Maqdis mengumumkan kesetiaannya kepada Daesh.

Semenjak dari itu, anggota Daesh membuat beberapa serangan di selat berkenaan yang menyasarkan pasukan keselamatan.

Serangan oleh pengganas Daesh meningkat selepas Abdel Fattah al-Sisi mengguling Mohammed Morsi dan menjadi Presiden Mesir.

http://www.sinarharian.com.my/global…n-bom-1.598661

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts