You are here
berita 

Tapir 100kg mati dilanggar

Tapir yang ditemui mati di tepi jalan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh, dekat Chukai

Quote:

Chukai: Seekor tapir ditemui mati di tepi jalan Kampung Labohan, Kerteh, berdekatan jalan masuk ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Haiwan liar dianggarkan seberat 100 kilogram itu dipercayai dirempuh kenderaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di permukaan jalan berdekatan bangkai berkenaan

Seorang pengguna jalan, Hasuni Sudin, 54, berkata, dia terkejut apabila ternampak objek hitam putih di tepi jalan sebelum mendapati ia seekor tapir

“Hasil pemerhatian saya, tapir itu sudah mati dan dipercayai dirempuh kenderaan berikutan kesan darah dan kesan cermin kenderaan pecah bertaburan berdekat bangkai haiwan itu

“Saya sudah lama menggunakan laluan ini namun ini pengalaman pertama saya menemui tapir yang mati dilanggar,” katanya

Difahamkan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil bangkai itu di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 pagi untuk tindakan lanjut

http://www.hmetro.com.my/node/206803


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts