You are here
berita 

Tanggung RM1.79 bilion pastikan tol tak naik

SELINSING – Demi menangguhkan kenaikan kadar tol di semua lebuhraya, kerajaan pusat sanggup menanggung pembiayaan keseluruhan kos pampasan tol dianggarkan RM1.79 bilion kepada 31 syarikat konsesi pada tahun 2016 dan 2017.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sebelum ini, Kementerian Kerja Raya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tol di semua lebuhraya pada tahun ini dan tahun depan.

Menurutnya, pengumuman itu memberi impak besar terhadap kewangan negara kerana kerajaan Pusat sebenarnya terpaksa menanggung keseluruhan kos pampasan tol lebuhraya berjumlah RM842.07 juta pada tahun 2016 dan RM944.61 juta pada tahun 2017.

“Rakyat perlu memahami hampir keseluruhan pembinaan lebuh raya di seluruh negara dilaksanakan melalui inisiatif ‘Private Fund Investment (PFI)’ dan bukan pendahuluan 100 peratus dana menggunakan duit rakyat.

“Jadi, bila kadar tol sepatutnya dinaikkan mengikut perjanjian konsesi tidak berlaku, kerajaan Pusat yang terpaksa menanggung kos pampasan tol bernilai berbilion ringgit.

“Langkah berani ini membuktikan kerajaan Pusat sebenarnya sangat prihatin bagi membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup ditanggung rakyat negara ini, selain memastikan kutipan cukai GST disalurkan ke tempat sepatutnya,” katanya sewaktu ditemui selepas Program Tok Mudin Tok Mi peringkat Parlimen Bagan Serai di Simpang Empat Selinsing, di sini, hari ini.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion…-naik-1.595007

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts