You are here
berita 

Tangan tersangkut dalam lubang tandas cuba ambil telefon terjatuh

Anggota bomba memecahkan lantai konkrit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut dalam lubang tandas. FOTO Ihsan Bomba

Klang: Tangan kiri lelaki warga asing berusia 40-an tersangkut dalam lubang tandas ketika mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh kira-kira jam 1 petang tadi di Bandar Baru Klang dekat sini.

Sebelum kejadian lelaki warga Bangladesh itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan pendawaian Internet di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Acmar, Bandar Baru Klang.

Bagaimanapun, ketika melakukan kerja itu, telefon bimbitnya terjatuh ke dalam lubang tandas menyebabkan lelaki itu mengambilnya namun tangan kirinya tidak boleh dikeluarkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan 1.19 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

“Lantai konkrit tandas itu terpaksa dipecahkan dan paip di tingkat bawah juga perlu dipotong.

“Namun ketika kerja menyelamat dilakukan lelaki itu tidak memberikan kerjasama menyebabkannya terpaksa berikan suntikan penenang oleh pasukan perubatan yang dihubungi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa tiga jam setengah untuk mengeluarkan tangan mangsa.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Quote:

BANDAR BARU KLANG
24/01/2017 (1319)

SEORANG LELAKI WARGANEGARA ASING LINGKUNGAN 40-AN DILAPORKAN TERSANGKUT TANGAN DI DALAM TANDAS DI SEKOLAH MENENGAH SRI ACMAR, BANDAR BARU KLANG TENGAHARI TADI.

MANGSA DIPERCAYAI CUBA MENDAPATKAN KEMBALI HAND PHONE YANG TERJATUH MENGGUNAKAN TANGAN TETAPI TERSANGKUT SEHINGGA DISEDARI OLEH KAKITANGAN SEKOLAH.

MANGSA YANG MERUPAKAN PEKERJA PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN TELEKOMUNIKASI SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAN DI SEKOLAH BERKENAAN.

MANGSA TERPAKSA DIBERIKAN SEBANYAK EMPAT SUNTIKAN PENENANG APABILA BERTINDAK BERTERIAK DAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA SEMASA KERJA MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DILAKUKAN.

LANTAI KONKRIT TANDAS BERKENAAN DIPECAHKAN DAN PAIP DI TINGKAT BAWAH DIPOTONG BAGI MENGELAKKAN RUANG HAMPAGAS YANG AKAN TERUS MEMERANGKAP TANGAN MANGSA.

TANGAN MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN SETELAH RUANG ALIRAN UDARA DIWUJUDKAN DENGAN MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK AMBULAN SEBELUM DIBERI RAWATAN AWAL DAN DIBAWA KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT.







http://www.hmetro.com.my/node/200210

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts