You are here
berita 

Tanah runtuh di puncak Gunung Nuang, pendaki maut tertimbus

Runtuhan tanah berlaku sekitar 100 meter ke puncak Gunung Nuang mengakibatkan seorang pendaki mati tertimbus. ― Foto ihsan Lim Wan Seng

KUALA LUMPUR, 13 Jan ― Seorang lelaki warga tempatan maut selepas dipercayai tertimbus akibat runtuhan tanah di puncak Gunung Nuang, Hulu Langat dekat sini tengah hari tadi.

Ketua polis daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mendaki gunung tersebut bersama rakan-rakannya.

“Kita menerima panggilan pada 1.30 tengah hari tadi dan pasukan penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah naik ke puncak pada 3.10 petang untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, pegawai pertahanan awam daerah Hulu Langat Kapten Maharis Manan berkata terdapat runtuhan tanah pada jarak 100 meter ke puncak gunung tersebut dan mangsa dipercayai tertimbus akibat runtuhan itu.

Kerja-kerja menyelamat mangsa yang ditemukan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di kepala masih dilakukan pasukan penyelamat di lokasi kejadian. ― Bernama

sumber : http://www.themalaymailonline.com/pr…rKdJlTiAS49.99

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts