You are here
berita 

Taman Tema Movie Animation Studios Buka 26 Jun 2017

Setelah tiga tahun melalui proses pembinaan, akhirnya Movie Animation Park Studios (Maps), Bandar Meru Raya, akan mula beroperasi pada 26 Jun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ramelle Ramli berkata, pembukaan rasmi Maps yang dibuat serentak dengan sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri itu dijangka bakal menarik kunjungan orang ramai khususnya yang sudah lama menantikan pembukaan rasmi taman tema animasi pertama di Asia itu.

“Alhamdulillah, setelah tiga tahun akhirnya Maps akan dibuka pada 26 Jun. Hari Raya kedua. Kita juga terpaksa tunda pembukaannya kerana melakukan beberapa perubahan seperti lokasi Smurfs agar mengikut struktur terkini seperti di pawagam.

“Selain itu, kita juga ada lima lagi tarikan baharu yagn masih dalam pembinaan. Semua ini untuk menjadikan taman tema ini lebih menarik,” katanya pada sidang media hari ini.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/…n-ini-1.663507

Laman web rasmi: http://www.mapsperak.com

OPENING RAYA PROMO 31% Discount RM104
MYKAD DAY PASS RM114

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts