You are here
berita 

Taman Tasik Titiwangsa ditutup selama setahun

TAMAN Tasik Titiwangsa akan ditutup sepenuhnya kepada orang awamselama setahun bagi memberi laluan kepada projek River of Life (RoL) bermula Januari depan. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam bagi selama setahun bagi memberi laluan kepada projek River of Life (RoL) bermula Januari depan.

DBKL dalam satu kenyataannya, berkata, pelaksanaan projek itu melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan taman tersebut demi kemudahan dan keselesaan pengunjung pada masa hadapan.

Katanya, kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja-kerja awal memasang hoarding (papan penghadang) bermula pada bulan hadapan.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak mengunjungi taman tersebut bagi tujuan keselamatan sepanjang tempoh penutupan,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Projek RoL atau ‘Sungai Nadi Kehidupan’ itu bertujuan mengubah wajah Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah-tengah ibu kota sekaligus menjadi salah satu tarikan pelancongan apabila siap pada tahun 2020.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wila….h2YZ5NMi.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts