You are here
berita 

Takut dimarahi bapa akibat balik lewat,Budak 11 tahun reka cerita di culik penjenayah

Quote:

Shah Alam: Reka cerita kerana takut dimarahi bapa. Itu hasil siasatan polis berhubung kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan penjenayah menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi semalam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa mengaku mereka cerita berkenaan selepas pulang lewat ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi

Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana tiada unsur jenayah

“Kanak-kanak itu dibawa ke IPD Kuala Langat semalam untuk siasatan lanjut dan mengaku mereka cerita mengenai kejadian itu

“Dia beritahu takut dimarahi oleh bapanya. Oleh itu dia mereka cerita kononnya tiga lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam van sebelum berjaya melarikan diri dengan mengigit tangan suspek,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/202347


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts