You are here
berita 

Tak sedar anak di depan

Tak sedar anak di depan

BERNAMA
[email protected]

Johor Bahru: Kanak-kanak lima tahun maut digilis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu ayahnya di kolej di Pulai Sebatang, Pontian, semalam.

‎Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zakaria Abdul Rahman berkata, kejadian pada 11.40 pagi.

Katanya, ketika itu pemandu berkenaan tidak menyedari akan kehadiran anaknya yang berada di hadapan ‎kenderaan ketika hendak memulakan perjalanan.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu tergilis.

‎“Pemandu yang berasal dari Selangor itu datang ke Pontian untuk menguruskan urusan anaknya ke sebuah kolej.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 10:10 PM

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts